ADAB PERPAKAIAN MENURUT ISLAM
Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian
yang sesuai karena pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu
Muslim yang sebenarnya. Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk
dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan
bahwa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan
akhlak seorang Muslim.
Di dalam Islam ada garis panduan
tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) yaitu
1. Menutup aurat
Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat
wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, telapak tangan .
Hadits Rosulullah Saw:
“Hai Asma, sesungguhnya perempuan itu apabila
telah sampai umur/dewasa, maka tidak patut menampakkan sesuatu dari dirinya
melainkan ini dan ini. Rasulullah berkata sambil menunjukkan kepada muka dan
telapak tangan hingga peregelangannya sendiri.” (HR. Abu Dawud dan Aisyah)
2. Tidak menampakkan tubuh
Pakaian
yang jarang (transparan) sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat
menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh
merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang artinya:
"Dua
golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang
cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan
lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga
kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak
dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang
jauh."
(HR.Muslim)
3.
Pakaian tidak ketat.
Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan yang merangsang
lawan jenis untuk bermaksiat.
4. Tidak
menimbulkan perasaan riya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Siapa
yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan
memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: "Siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah).
5.
Lelaki, dan wanita berbeda.
Maksudnya pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita,
begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas
sabdanya yang artinya:
"Allah
mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru
pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari
dan Muslim).
Beliau SAW juga bersabda:
"Allah
melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan Al-Hakim).
6.
Larangan pakai sutera.
Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah
kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat
memakainya di akhirat." (Muttafaq
'alaih).
7.
Memanjangkan pakaian.
Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak
yaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah
berfirman bermaksud:
"Wahai
Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan beriman, supaya mereka memanjangkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar rumah); cara yang demikian lebih sesuai
untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka
tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Ahzab:59).
8.
Memilih warna sesuai.
Contohnya warna-warna lembut ( tidak mencolok) sehingga menarik perhatian orang
lain.
9. Larangan memakai emas.
Termasuk
dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas
seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari
ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga
ada yang memakai perhiasan dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Haram
kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada
wanita."
10.
Mulakan sebelah kanan.
Apabila memakai baju,celana atau seumpamanya, mulailah sebelah kanan. Imam
Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah "Rasulullah suka sebelah
kanan dalam segala keadaan, seperti memakai sandal,sepatu, berjalan kaki dan
bersuci."Apabila memakai sepatu atau seumpamanya, mulai dengan sebelah
kanan dan apabila menanggalkannya, mulai dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang memakai sendal, mulakan
dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulai dengan sebelah kiri
supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai sendal dan yang terakhir
menanggalkannya." (Riwayat Muslim).
11.
Selepas beli pakaian
Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan
oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku
memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon
perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang
diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".
12.
Berdoa.
Ketika menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang
mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri
dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia. Sebagai
seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut
tuntutan agamanya.Karena sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat
adalah cermin seorang Muslim yang sebenarnya.